Sunday, November 15, 2009

PENGENALAN




Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan.Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.


Proses Pembuatan Enzim NoniEnzim Noni diperam dan diproses dari intipati asal Noni berkualiti tinggi yang berasal dari kepulauan Pasifik Selatan. Ia merupakan 100% pati Noni tulen merupakan Enzim yang berkualiti tinggi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet.Pokok NoniPokok-pokok Noni adalah pokok-pokok buah tropika yang tumbuh liar di kawasan Kepulauan Pasifik Selatan, berbuah selepas 10 bulanBuah NoniSelepas tempoh masa 18 bulan, buah Noni akan masak dengan ketuat tumbuh di atas kulit, menyerupai jambu batu. Setiap pokok akan menghasilkan sebanyak 4-8 Kilogram setiap bulan.Penapaian Semula JadiBuah Noni yang masak dan tumbuh sempurna dipilih secara teliti sebelum diletakkan dalam tong-tong khas untuk proses penapaian semulajadi selama tempoh 3 bulan (lebih kurang 90 hari)Pengekstrakan Teknologi TinggiSelepas penapaian semulajadi berlaku, Noni tersebut diekstrak melalui proses pengasingan yang akan memisahkan intipati daripada hampasPenghapusan Bakteria Dengan Tekanan TinggiProses Pensterilan, yakni mengenakan tekanan tinggi terhadap ekstrak Noni dijalankan bagi mengawal kualiti Noni yang telah ditapai.Pembotolan dan PenghantaranNoni yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam bekas yang bebas daripada kuman dan habuk, kemudiannya akan dihantar ke proses pembotolanPerletakan dalam Kontena-kontena untuk dieksportRibuan kontena akan dihantar kepada penggemar Noni di serata dunia sebagai usaha meningkatkan kesihatan ke seluruh dunia.
SIJIL-SIJIL



























No comments:

Post a Comment